Fahrin Ahmad dan Isteri Selamat Timang Bayi Sulung

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 30 Sep 2016 07:00:18

capture-20160930-124416

Gambar : Instagram Fahrin Ahmad

Fahrin Ahmad dan isteri, Elena Eleas selamat menimang cahaya mata pertama mereka. Dalam masa yang sama, Elena turut meraikan hari ulang tahunnya yang ke-39. 

 

Pasangan sama cocok sama padan ini menyambut kelahiran anak lelaki mereka yang dilahirkan secara normal pada jam 4.15 petang semalam di KPJ Damansara Specialist. 

 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fahrin menerusi laman Instagram miliknya dengan sekeping gambar kelahiran bayi sulungnya itu. 

Aktor popular ini turut menyatakan rasa bersyukurnya kerana segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kerana isteri dan anaknya itu selamat tanpa sebarang komplikasi.

Dirinya juga berasa teruja akan pengalaman pertama kali dalam menyambut anak sulungnya itu. Dilihat menerusi Instagram milik pelakon ini, dalam masa selepas proses bersalin, isterinya turut dihadiahkan dengan sejambak bunga dan sebiji kek sempena hari kelahirannya yang juga berkongsi tarikh dengan si comel mereka itu yang masih belum diberi nama setakat ini.

 

EH! ucapkan tahniah buat Fahrin dan Elena. Semoga kehadiran bayi pertama ini bawa lebih banyak kebahagiaan dalam rumah tangga kalian.

's

SUMBER ASAL

MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now
Women Bra push up bra lingerie
Women Bra push up bra lingerie
Shop Now
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts