Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Bayi Kedua

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 27 Sep 2016 03:00:04

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada malam semalam. Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi akaun Instagram beliau bagi berkongsi kegembiraan beliau bergelar bapa.

BACA: Fizz Fairuz Teringin Timang Anak Lelaki

screen-shot-2016-09-27-at-9-24-12-am

“Alhamdulilah, isteri saya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kedua kami pada pukul 9.06 malam tadi. Amin. Doakan yang baik-baik ye,” katanya menerusi laman Instagram ketika memuat naik gambar isterinya yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Bagaimanapun, Fizz tidak mendedahkan jantina bayi kedua mereka kepada umum lagi. Malah wajah penuh bayi mereka juga masih disorokkan ketika memuat naik gambar bayi tersebut. Rata-rata peminat juga teruja dan gembira dengan kelahiran bayi kedua mereka, ramai yang tidak henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan ini. Semoga dengan kelahiran baru ini juga akan menambahkan lagi kebahagian serta memberikan keceriaan di dalam keluarga kecil mereka. (rkty/w)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts