Faisal Halim Enggan Layan Kontroversi Zaquan Adha, Sedia Berhubung Secara Baik – “Kalau Dia Ada Masalah Dengan Saya..”

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 06:32:33

Pemain Selangor FC, Faisal Halim memilih untuk tidak melayan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan beberapa hantaran tular dimuat naik bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha di media sosial baru-baru ini.

Faisal berkata, dia sendiri tidak mengetahui kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan dan hanya akan memberi respons sekiranya namanya disebut secara jelas.

Advertisement

“Saya pun tidak tahu dia kata dekat siapa. Kalau dia ada masalah dengan saya, kita boleh berhubung secara baik,” katanya kepada BH Online.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, sebarang salah faham atau isu peribadi sepatutnya diselesaikan secara tertutup tanpa perlu dibawa ke media sosial.

Dalam perkembangan lain, Faisal memaklumkan beliau kini lebih fokus terhadap pembangunan bola sepak akar umbi menerusi Kelab DNA Faisal Halim yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Katanya, dia sudah menghabiskan lebih seminggu berada di kampung halamannya bagi menjayakan kejohanan yang dianjurkan kelab tersebut sehingga belum sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

Sebelum ini, beberapa hantaran Instagram Story milik Zaquan mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan apabila dipercayai menyentuh mengenai sikap, profesionalisme, populariti dan bayaran pemain.

Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang cuba mengaitkan kenyataan itu dengan beberapa pemain bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, setakat ini Zaquan masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut mengenai hantaran berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-08 11:02:53

Lelaki Ini ‘Teka’ Dengan Tepat Lokasi Jaslinda Ditemui, Rupanya Bukan Calang-Calang orang - "Dulu Dia Pernah..."

Faisal Halim Enggan Layan Kontroversi Zaquan Adha, Sedia Berhubung Secara Baik – “Kalau Dia Ada Masalah Dengan Saya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts