Fasha Sandha Tak Hadir Anugerah Melodi Terhangat, Pilih Hadir Majlis Persandingan Bella Astillah

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 19 Oct 2026 03:00:51

Pelakon Fasha Sandha menjelaskan sebab dirinya tidak dapat menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang berlangsung baru-baru ini.

Fasha yang tercalon dalam tiga kategori berkata, pada awalnya dia tetap merancang untuk hadir bagi memberikan sokongan kepada program berkenaan.

Advertisement

Pilih Hadir Majlis Persandingan Bella

Namun, Fasha memilih untuk menghadiri majlis persandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang berlangsung pada malam sama selepas menerima RSVP lebih awal.

j

“Sy tercalon 3 kategori untuk anugerah Melodi Terhangat. Selalunya sy akan tetap hadir utk memberikan sokongan padu kerana Melodi banyak berjasa pada sy, maafkan sy kerana malam ini, kami di majlis persandingan Bella kerana telah RSVP lebih awal.”

Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus memberikan sokongan terhadap pencalonannya.

Anggap Persandingan Hanya Sekali Seumur Hidup

Menurut Fasha, walaupun Anugerah Melodi Terhangat merupakan acara yang penting, majlis persandingan hanya berlaku sekali seumur hidup.

“Top 10 pun bukan mudah … ramai artis di Malaysia, i love TV3 ❤”

Dia turut berharap Anugerah Melodi Terhangat akan terus dianjurkan setiap tahun dan menegaskan dirinya tetap akan hadir memberikan sokongan walaupun tidak tercalon pada masa akan datang.

“Anugerah insyaAllah akan ada penganjuran setiap tahun, sy tetap pergi walau mungkin tak tercalon ❤ tapi persandingan hanya sekali seumur hidup. Thank you.”

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq
2026-10-19 09:11:04

"Rasa Macam Kena Marah.." - Peminat BASS Terharu Lihat Syed Saddiq Pertahan Bella Astillah Di Majlis Sanding

Fasha Sandha Tak Hadir Anugerah Melodi Terhangat, Pilih Hadir Majlis Persandingan Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts