Fasha Sandha Kongsi Ilmu kepada Saharul Ridzwan

by Oh! Semput


10
SHARES
124
VIEWS
Posted on 17 Apr 2017 09:00:50

fasha sandha
Cover image via Berita Harian

Mula-mula takut namun sebaik penggambaran berakhir, pelakon sasa, Saharul Ridzwan beroleh banyak manfaat apabila pertama kali digandingkan dengan bintang senior, Fasha Sandha dan pengarah disegani, Murali Abdullah.

Saharul berkata, peluang membintangi telefilem Hanya Tuhan Yang Tahu dianggap membuka dimensi baharu buat dirinya yang masih hijau dalam dunia lakonan.

“Pengalaman itu sangat hebat. Mulanya saya gementar untuk berdepan Fasha dan abang Murali.

“Namun, hasil input dan hala tuju dikongsi abang Murali membuatkan rasa gementar itu terhakis sedikit demi sedikit,” katanya.

Saharul berkata, Fasha tidak lokek berkongsi ilmu selain amat berdisiplin. “Fasha nasihat jika nak jadi apapun, sikap positif dan disiplin diri mesti jadi keutamaan.

“Saya banyak belajar jadi pelakon dalam telefilem ini. Banyak aura positif yang saya peroleh,” katanya.

Saharul mengaku wajah dan penampilan bukan jaminan karier berterusan. “Sekarang bukan masa saya bermain-main lagi.

Muka jambu atau kacak pun akan tua juga nanti. “Persaingan pelakon baharu terus ada. Jadi, saya kena kukuhkan lakonan dan mahu jadi seperti Bront Palarae dan Remy Ishak,” katanya.

Mengenai saingan awal pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Saharul sedar saingan cukup sengit.

“Saya hanya menyerahkan 100 peratus urusan undi ini kepada peminat dan penyokong tersayang. Ada rezeki, insya-Allah saya mahu mara sebagai Top 5. “Tak ada rezeki, mungkin lain hari,” katanya.

Baca lagi: 5 Pesanan buat Ibu Tunggal oleh Fasha Sandha

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts