by Oh! Semput
Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mendedahkan pelakon Fattah Amin sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan keluarganya.
Pendedahan itu dibuat menerusi satu komen di Threads apabila Patimah menjelaskan Fattah merupakan anak saudara kepada suaminya dan mempunyai hubungan dua pupu dengan anak mereka, Syamsul Yusof.

“Betul, Fattah Amin dua pupu dengan Syamsul (anak) dan merupakan anak saudara Yusof (suami).”
Patimah tampil memberikan penjelasan itu selepas seorang pengguna media sosial mendakwa Datuk Yusof Haslam merupakan bapa saudara kepada aktor berkenaan.
@fattahamin Adik mano ni be.. kawe dok tgk cermin je tuu Live malam ni di account @Amira Othman dan @Emiera HQ jam 9 kalau nak dapat cermin yang korang tunggu-tunggu ni okay. ?
Dalam pada itu, Patimah turut meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pihak yang sering mengkritik kemampuan lakonan Fattah.
“Kami juga tidak suka jika dia digelar kayu.”
Perkongsian tersebut sekali gus menjawab persoalan segelintir netizen yang sebelum ini tidak mengetahui hubungan kekeluargaan antara Fattah Amin dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Kami Tak Suka” – Fattah Amin Digelar ‘Kayu’, Datin Patimah Kurang Gemar Netizen Perlekeh Anak Saudara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.