“Saya Fikir Saya Akan Mati, Terus Mengucap Waktu Itu” – Abang Syed Saddiq Kongsi Momen Hampir Lemas Di Bali

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 22 Jun 2026 06:32:41

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Spacedollah berkongsi detik cemas apabila hampir lemas ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Spacedollah berkata kejadian itu berlaku selepas dia mengambil keputusan untuk berenang lebih jauh ke tengah laut kerana yakin dengan kemampuan dirinya.

Advertisement

“Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, saya ni sangat pandai berenang. Ataupun itu apa yang saya fikirkan. Little did I know, I was very wrong.”

“Dan ombak nampak macam okey saja. Saya bodoh yang amat kerana saya pergi berenang dan saya pergi makin tengah, heading towards the middle of the ocean.”

“Tanpa saya sedar, ombak dah tarik saya very deep, very close to the middle. And the closer I got to the middle, lagi kuat ombak hentam saya.” kongsinya.

Menurut Spacedollah, keadaan menjadi semakin panik apabila ombak kuat terus menolaknya jauh dari kawasan pantai sehingga dia tidak lagi mampu mengawal keadaan.

“Ombak itu hentam saya sekuat. Dan saya tak tahu mana datang ombak itu. It was so strong. Then I realised I started panicking sebab saya dah tak dapat rasa tanah dekat kaki.”

“Saya tak nak terlalu panik, apa yang saya buat adalah saya sandarkan badan saya ke belakang dan try to let the ocean push me back to the beach. Tetapi sebaliknya dia tarik saya lebih dekat kepada the middle of the ocean.”

Dalam situasi mencemaskan itu, Spacedollah berkata jeritannya meminta bantuan tidak didengari oleh adiknya, Syed Saddiq serta rakan-rakan lain yang berada di kawasan berhampiran.

“Saya fikir saya akan mati dan saya terus mengucap waktu itu. Saya dah lemah sangat-sangat, tak boleh berenang,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noor nabila
2026-06-19 13:13:18

"Hidup Memfitnah Orang, Merangkaklah Kau Orang Nak Minta Maaf" - Noor Nabila

 

“Saya Fikir Saya Akan Mati, Terus Mengucap Waktu Itu” – Abang Syed Saddiq Kongsi Momen Hampir Lemas Di Bali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts