15 finalis bakal berentap di pentas akhir Miss Grand Sabah 2017

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 25 Mar 2017 14:01:06


KOTA KINABALU: Seramai 15 finalis akan berentap dalam pertandingan Miss Grand Sabah yang julung kalinya diadakan di negeri ini pada bulan April tahun ini.

Pengarah Program Miss Grand Sabah, Severinus Alexius Nain berkata pertandingan itu adalah untuk memilih wakil terbaik dari negeri Sabah untuk bertanding di peringkat kebangsaan seterusnya di peringkat antarabangsa, iaitu Miss Grand International yang akan diadakan di Vietnam pada tahun ini. 

“Sebelum ini, kita pernah menghantar wakil ke Pertandingan Miss Grand Sabah pada tahun 2015 dan 2016. Kedua- dua wakil tersebut dipilih melalui sesi ‘wildcard’.

“Pada tahun ini, kita merancang untuk memilih wakil bermula dari setiap negeri. Antara negeri yang terlibat adalah Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Penang dan Johor… 

Pemenang bagi setiap negeri secara automatik akan mewakili negeri masing-masing ke Miss Grand Malaysia pada 20 hingga 29 Julai ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Miss Grand Sabah 2017, dekat sini, hari ini. 

Menurut Severinus, salah satu kelainan acara Miss Grand Sabah adalah undian melalui penjualan tiket undian. 


Katanya, para penonton boleh membeli tiket undian dengan harga serendah RM100 (tiket Perak) sehingga RM300 (Tiket ViP). 

“Mana- mana peserta yang mendapat undian tertinggi melalui undian akan layak memasuki Top 8 dimana tujuh peserta akan dipilih oleh juri dan seorang peserta dipilih melalui undian penonton,” katanya. 

Pertandingan tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili di Pasific Sutera pada 29 April akan datang. 

Severinus berkata, pihaknya mencari dua orang wanita yang berpengalaman dalam bidang ratu cantik dan peragaan untuk menjadi peserta-peserta akhir Miss Grand Sabah 2017. 

Katanya, 13 daripada 15 finalis pertandingan tersebut terpilih melalui ujibakat dan boothcamp, manakala dua lagi peserta akan dipilih melalui sesi ‘wildcard’. 

"Mereka yang berminat dan mempunyai pengalaman dalam bidang ratu cantik dan peragaan serta mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan keamanan dialu-alukan untuk mendaftarkan diri… Pendaftaran dibuka selama seminggu bermula hari ini," katanya. 

Dalam perkembangan sama, katanya, gambar- gambar finalis akan diviralkan di media sosial seperti Facebook bermula hari ini. - Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts