Fujifilm QuickSnap Versi Active Dan Black & White Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM89

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 14:00:30

Fujifilm hari ini turut melancarkan dua model kamera pakai buang terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu QuickSnap Active yang kalis air dan QuickSnap Black & White. Pelancaran ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 siri ikonik QuickSnap sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1986. 

QuickSnap Active diperkenalkan sebagai variasi kalis air yang dibalut dengan kerangka plastik khas berpenutup kalis air sehingga kedalaman 10 meter. Kamera ini menggunakan filem warna ISO 800 yang membolehkan sebanyak 27 keping gambar diambil. Selain itu, butang pengatup (shutter) kamera ini direka lebih besar bagi memudahkan pengguna menekan butang tersebut semasa melakukan aktiviti lasak atau sukan air.

Sementara itu, QuickSnap Black & White pula ditawarkan sebagai model monokrom yang direka khas untuk peminat fotografi jalanan (street photography) bermotifkan estetik. Model ini jugamenggunakan filem hitam-putih berkualiti tinggi dengan tekstur bintik halus (grain) untuk menghasilkan gambar bergaya retro yang tajam, menarik dan berseni.

Kamera ini ditawarkan pada harga bermula RM89 untuk model QuickSnap standard manakala model Active dan Black & White masing-masing dijual pada harga RM118. Model-model baharu ini kini boleh didapati melalui acara in-store takeover eksklusif bersama atmos di Mid Valley Megamall sehingga 25 Oktober 2026.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts