Gandingan Semula #LoFattah

by Oh! Semput


10
SHARES
132
VIEWS
Posted on 27 Mar 2017 10:00:46

#lofattah

Harapan peminat Neelofa dan Fattah Amin #LoFattah digandingkan sekali lagi akan menjadi kenyataan kerana pasangan sensasi itu akan berlakon dalam projek telefilem khas drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP).

Perkara itu disahkan Neelofa dan Fattah ketika mereka menghadiri acara Throwbaek Drama di NU Sentral di sini, sebentar tadi.

Neelofa yang sebelum ini membuat keputusan untuk tidak lagi berlakon dalam sekuel drama SHMP, akhirnya mengubah fikiran.

“Saya buat ini (berlakon lagi dengan Fattah) demi peminat yang tak putus-putus berharap supaya dapat melihat gandingan kami berterusan.

“Bagaimanapun, SHMP kali ini bukan dalam format drama tetapi telefilem khas raya. Penggambaran akan bermula pada 9 hingga 16 April hadapan,” katanya.

Neelofa memberitahu, telefilem SHMP itu masih mengekalkan pengarah sama, Michael Ang. “Saya juga akan berganding dengan Alif Satar untuk projek drama terbaharu berjudul Red Velvet,” katanya.

Baca lagi: Neelofa, Fattah Amin Hangat ‘Bercinta’

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts