Giliran Syarikat Azizan Pula Tuntut Penjelasan UM

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 30 Sep 2016 10:00:54


Richworks Group of Companies yang dimiliki Azizan Osman tampil menuntut penjelasan lanjut Universiti Malaya (UM) susulan penafian institut itu mengenai gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang dimiliki pakar motivasi itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, pihak syarikat berkenaan mengambil serius penafian daripada UM dan menuntut penjelasan daripada pihak terbabit.

Menurutnya, pihak syarikat telah memohon untuk penjelasan lanjut dan butiran perkara tersebut akan dimaklumkan selepas proses terbabit selesai.

“Kami kesal di atas kesulitan yang mungkin berlaku dan kami tetap komited untuk terus memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu.


“Kami sangat menghargai kesetiaan dan sokongan mereka dan kami akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

BACA INI: UM Nafi Beri Gelaran Doktor Kepada Azizan Osman

Azizan yang terkenal sebagai usahawan dan penulis mendakwa menerima Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang membawa gelaran doktor dari Universiti Malaya.

Namun, kelulusannya itu menimbulkan persoalan di media sosial sehingga UM mengeluarkan kenyataan menafikan menganugerahkan PhD berkenaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts