GNOME 52 Akan Guna Nama Kod “Terengganu” – Dijadualkan Pelancaran Pada Mac 2027

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 17:00:31

GNOME merupakan salah satu persekitaran desktop yang popular pada sistem operasi berasaskan Linux. Terbaru, pembangunnya mengumumkan akan melancarkan versi seterusnya untuk penawaran mereka pada Mac 2027 kelak, dan GNOME 52 kelak tersebut akan menggunakan nama kod “Terengganu”.

Penggunaan nama kod ini dilihat selari dengan acara GNOME Asia Summit 2026 yang akan berlangsung di Terengganu pada penghujung bulan Oktober ini. Pada acara berkenaan, pelbagai perkara melibatkan GNOME dijangka dibincangkan, termasuk ciri-ciri akan datang pada persekitaran desktop yang digunakan pada sistem operasi seperti Fedora, Ubuntu dan lain-lain.

Untuk makluman, sebelum ini, pada 2023 yang lepas, GNOME 44 telah menggunakan nama kod “Kuala Lumpur”.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts