Google Enggan Buka Android Kepada Pesaing AI Di Eropah

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 29 Sep 2026 07:30:15

Google pada Selasa berkata ia telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Kesatuan Eropah (EU) yang memintanya berkongsi data dengan enjin carian lain serta membuka sistem Android miliknya kepada perkhidmatan AI pesaing, atas alasan kebimbangan terhadap privasi.

Brussels telah mengeluarkan perintah tersebut pada Julai di bawah Akta Pasaran Digital (DMA) EU, yang memaksa syarikat teknologi terbesar di dunia membuka ruang persaingan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

 

“Kami merayu terhadap keputusan yang akan memaksa kami berkongsi sejarah carian peribadi pengguna tanpa anonimisasi (tanpa memadamkan identiti) yang mencukupi serta melemahkan perlindungan keselamatan penting pada Android,” kata Oliver Bethell, pengarah kanan persaingan Google.

Pada Julai, Suruhanjaya Eropah berkata Google mesti mula berkongsi data carian bermula Januari 2027 untuk “mewujudkan semula keseimbangan persaingan”.

Perubahan pada Android sepatutnya bermula pada Julai tahun depan dan Brussels berharap ia akan mendorong kemunculan alternatif kepada perkhidmatan AI Google, seperti Gemini.

Namun Google membidas dengan menyatakan bahawa Android sudah pun bersifat terbuka dan saling bertindak balas (interoperable), manakala keputusan EU memaksa syarikat itu menyerahkan data carian peribadi kepada syarikat lain tanpa anonimisasi, pengetahuan pengguna, atau kebenaran yang mencukupi.

 

“Orang ramai menggunakan Enjin Carian untuk soalan yang paling peribadi — daripada kebimbangan kesihatan hinggalah hubungan rapat — dan mewajibkan kami berkongsi carian peribadi ini tanpa perlindungan yang mencukupi akan menyebabkan kerosakan privasi pengguna yang tidak boleh diperbaiki,” kata Bethell.

Rayuan itu telah difailkan di Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah yang berpangkalan di Luxembourg. – AFP

{suggest}

Google Enggan Buka Android Kepada Pesaing AI Di Eropah WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts