by Oh! Semput
Menjelang pelancaran rasmi model siri ke-2 Google Pixel, seorang kaki tiris terkenal, Evan Blass memperlihatkan kepada umum bagaimana rupa peranti baru dari Google ini.
GOOGLE PIXEL 2 XL
![]()
Yang pertama model Google Pixel 2 XL. Model ini bakal dibina dengan paparan 6 inci QUAD HD + AMOLED dengan nisbah 18:9. Paparan skrin untuk model ini memperlihatkan rekaan sedikit melengkung di bahagian tepi.
GOOGLE PIXEL 2
![]()
Berbeza dengan Pixel 2 XL, model ini masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelum ini dan jika dilihat pada pandangan hadapan, ianya menyerupai Nexus 6P. Dibina dengan paparan skrin 5 inci HD penuh.
![]()
Kedua-duanya dimuatkan dengan RAM bersaiz 4GB dan mungkin hadir dengan variasi storan 64GB dan 128GB. Seperti yang sedia umum, peranti Google menerima sokongan simpanan storan Google Drive tanpa had. Maka pilihan storan mungkin tidak menjadi isu besar buat pembeli kelak.
Terdapat laporan mengatakan perkakasan Google Pixel 2 dibina oleh HTC, manakala model Pixel 2 XL dibina oleh LG. Jadi berkemungkinan besar peranti baru dari Google ini akan hadir dengan ciri picit seperti yang dibawakan oleh HTC U11.
Kedua-duanya juga mungkin membawakan sokongan kalis air. Jika benar, ianya adalah satu naik taraf berbanding sebelumnya.
Siri ke-2 Google Pixel dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 835 dengan sistem operasi Android paling baru, mungkin Oreo 8.1.
![]()
Dari segi kamera, Pixel 2 bakal mengekalkan tetapan 1 kamera walaupun pesaing lain berpusu-pusu membawakan rekaan dwi-kamera.
Walaubagaimanapun, Google Pixel edisi pertama masih lagi mengungguli carta antara kamera terbaik sehingga kini. Jadi tidak hairanlah Google mengekalkan kamera utama 12MP dibahagian belakang peranti.
![]()
Google telah mengumumkan pelancaran rasmi Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober iaitu pada 5 Oktober 12 tengah malam waktu tempatan.
Pada yang berminat untuk menonton siaran langsung pelancaran Google Pixel 2, anda boleh tonton di Youtube seperti dibawah.