Hadiah Nobel Kimia 2026 Dianugerahkan Untuk Penemuan Tindak Balas Yang Membawa Kepada Homokiraliti

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 14:00:30

Hadiah Nobel Kimia 2025 dianugerahkan kepada Henri Kagan and Kenso Soai untuk penemuan tindak balas kimia. yang membawa kepada homokrilariti. Ahli kimia yang melakukan eksperimen dengan tindak balas kimia menyedari kewujudan dua molekul yang merupakan imej cermin antara satu sama lain dengan perkadaran yang sama bagi kedua-duanya di dalam tabung uji.

Kewujudan imej cerminan ini dipanggil sebagai kiraliti (chirality) yang berasal daripada perkataan Yunani cheir yang bermaksud tangan. Dua molekul dengan kiraliti ini dikatakan mempunyai tangan kanan dan satu lagi tangan kiri.

Walau bagaimanapun, ahli kimia sudah lama hanya ingin menghasilkan satu imej cermin (homokrilariti) yang diperlukan sahaja dalam tindak balas . Penemuan oleh Kagan dan Soai menunjukkan bagaimana tindak balas kimia boleh didorong untuk menghasilkan homokiraliti, yang amat penting dalam sintesis kimia moden.

Kepentingannya kepada industri farmaseutikal adalah besar kerana banyak ubat mempunyai dua bentuk imej cermin: satu memberi kesan terapeutik, manakala satu lagi mungkin kurang berkesan atau menyebabkan kesan sampingan berbahaya.

Kes paling terkemuka melibatkan ubat mabuk hamil Thalidomide pada dekad 1950an. Satu imej cerminan Thalidomide menghilangkan rasa mula sementara satu lagi menyebabkan kecacatan pada bayi yang dikandung.

Penemuan Kagan dan Soai kini menjadi tindak balas kimia asas yang penting untuk penghasilan ubat di seluruh dunia dan oleh itu mereka dianugerahkan Hadiah Nobel Kimia 2026 dan menerima ganjaran Bahagian daripada hadiah wang sebanyak 12 juta krona Sweden (~RM 4.91 juta).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts