“Hati Saya Hancur” – Syed Saddiq Sebak Tun Dr Siti Hasmah Pergi, Terkilan Tak Sempat Tunaikan Hajat Hadir Majlis Kahwin

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 28 Sep 2026 06:30:53

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada usia 100 tahun pagi ini ternyata meninggalkan kesan mendalam buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tun Siti Hasmah dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dan berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Advertisement

“There was nothing about that day that felt like goodbye”

Menerusi perkongsian di media sosial, Syed Saddiq mengenang pertemuan terakhirnya bersama Allahyarham yang turut disertai tunangnya, Bella Astillah.

Menurut Syed Saddiq, tiada apa-apa pada hari tersebut yang membuatkan dirinya menyangka ia bakal menjadi pertemuan terakhir mereka.

Syed Saddiq turut menggambarkan Allahyarham sebagai seorang yang baik, lucu dan mesra serta memiliki kebijaksanaan hasil pengalaman hidupnya.

“Hati saya hancur”

Dalam perkongsian seterusnya, Syed Saddiq secara terbuka meluahkan rasa kehilangan dan mengakui sebahagian daripada dirinya masih sukar mempercayai pemergian Allahyarham.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Siti Hasmah kerana memberikan dirinya dan Bella satu kenangan terakhir yang cukup indah.

Terima kasih kerana memberikan @bellaastillah dan saya satu kenangan terakhir yang begitu indah.

Terkilan hajat Tun hadir majlis perkahwinan tidak kesampaian

Lebih menyentuh hati, Syed Saddiq turut mendedahkan Allahyarham mempunyai hajat untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama Bella, namun perkara itu tidak sempat direalisasikan.

But I promise you Tun your advice will. We will carry it into our marriage, into our home, and insya-Allah, for the rest of our lives.

Syed Saddiq kemudian mengakhiri perkongsian tersebut dengan doa agar Allahyarham ditempatkan di syurga tertinggi.

May Allah grant you the highest place in Jannah. Until we meet again, Tun. Al-Fatihah.

Syed Saddiq dan Bella dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2026

Pemergian Tun Siti Hasmah pada pagi 28 September 2026 berlaku selepas beliau mencapai usia 100 tahun. Allahyarham meninggalkan suami, Tun Dr Mahathir Mohamad serta tujuh orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-26 13:35:41

Netizen Pertikai Pemilihan 'Bridesmaid' Majlis Kahwin Bella Astillah - "Kena Tunjuk Satu Dunia Ke?"

“Hati Saya Hancur” – Syed Saddiq Sebak Tun Dr Siti Hasmah Pergi, Terkilan Tak Sempat Tunaikan Hajat Hadir Majlis Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts