Hun Haqeem Berlakon Watak Antagonis Dalam ‘The Gadis’

by Oh! Semput


16
SHARES
207
VIEWS
Posted on 18 Apr 2020 06:00:45

Hun Haqeem, pelakon yang namanya semakin meningkat naik selepas lakonannya di dalam drama Kampung People sebagai Jekfer tular. Biarpun selepas Kampung People ada drama lain yang ditayangkan namun nampaknya watak yang dilakonkan tidak begitu memberangsangkan.

Namun begitu, baru-baru ini Hun Haqeem muncul dalam drama The Gadis yang ditayangkan di TV3. Dalam drama ini Hun Haqeem berlakon watak antagonis yang mana karakter seorang lelaki seakan ‘bapa ayam’ diketengahkan.

Watak yang dilakonkannya ini agak berbeza dari drama yang pernah dibintanginya. Kebiasaannya dia menjadi hero atau memegang watak yang baik-baik sahaja. Tapi kali ini memang boleh nampak kelainannya.

The Gadis ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam dan malam tadi sudah pun memasuki episod keempat. Selain Hun Haqeem, barisan pelakon lain turut menghiasi drama ini iaitu Fatin Afeefa, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Biarpun baru sahaja mula ditayangkan dan karakter Mika yang dilakonkan Hun Haqeem ini masih belum berkembang sepenuhnya, namun ramai yang sudah mula meluahkan pendapat mereka mengenai watak ini.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai Hun Haqeem berlakon watak antagonis tersebut di ruangan komen Instagram pelakon ini seperti berikut:

“Hun..watak Mika dalam The Gadis caner? Nampak macam psycho hahahha”

Hun haqeem watak antagonis 3

“Kenapa amik watak jahat, tak suka la”

Hun haqeem watak antagonis 1

“Tak apa sekali-sekala bawa watak antagonis”

Hun haqeem watak antagonis 2

: Instagram Hun Haqeem

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts