Haram guna duit raya anak-anak, ibu bapa wajib ganti jika terguna – Amin Idris

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 22 Mar 2026 14:04:32

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris menegaskan bahawa ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan duit raya yang diberikan kepada anak-anak untuk kegunaan peribadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Amin berkata amalan tersebut adalah tidak dibenarkan sekiranya wang berkenaan digunakan bagi tujuan selain keperluan anak itu sendiri.

alt

Menurutnya, duit raya yang diterima kanak-kanak adalah hak mereka sepenuhnya dan perlu diuruskan dengan amanah oleh ibu bapa atau penjaga.

“Haram ibu bapa guna duit raya anak-anak. Duit itu diberi khusus untuk anak-anak. Kalau nak guna sekali pun, hanya untuk keperluan khusus anak-anak.
“Bukan untuk keperluan umum seperti minyak kereta, sewa rumah atau barangan dapur. Jika terguna, wajib ganti semula,” katanya.

alt

Artikel lain: Dituduh riak? Amin Idris nafi pertikai ibadah orang, nasihat jangan tinggal tarawih

Kenyataan itu sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai amalan mengurus duit raya anak-anak, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

: FB Amin Idris

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts