“Saya Harap Dia Kembali Kepada Saya Saat Masih Hidup” – Nourul Depp

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 22 Jun 2026 06:32:42

Penyanyi Nourul Depp memilih untuk tidak lagi mengulas perkara sensitif yang membabitkan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

Menerusi podcast Inspirasi Nona, Nourul, 49, berkata dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak lagi bercakap mengenai isu tersebut dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Advertisement

“Berkenaan anak sulung, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak bercakap bahagian yang sensitif. Sebab keadaan sekarang sangat sensitif, saya tidak mahu sentuh lagi.”

“Dia seorang anak yang bijak dan pintar. Dia belajar agama, khatam al-Quran dan sebagainya. Saya percaya dirinya telah diisi dengan pengetahuan agama yang banyak. Dia tahu salah silapnya, saya sudah berikan yang terbaik.”

“Ada sesetengah yang disampaikan di telinga anak saya adalah yang tidak baik. Disebabkan pengalaman yang lepas, saya ambil keputusan untuk tidak bercakap lagi fasal isu sensitif.”

Menurut pelantun lagu Kerana Terluka itu, dia percaya anaknya sedang memilih jalan terbaik untuk dirinya dan berharap segala yang berlaku membawa kebaikan.

Nourul turut berharap hubungannya dengan Ayu dapat kembali pulih, selain diberi peluang untuk bertemu semula dengan anak sulungnya itu.

“Dia juga sudah tutup semua akaun media sosialnya kerana dia sedikit terganggu. Saya percaya dengan kuasa Allah. Saya juga percaya anak sulung saya ini sedang atur perjalanan yang terbaik untuk hidupnya.”

“Saya percaya dia sedang diuji untuk belajar menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang. Cuma saya berharap dia kembali kepada saya sewaktu saya masih hidup.”

Terdahulu, hubungan Nourul dan Ayu didakwa menjadi renggang sejak beberapa tahun lalu susulan beberapa isu kekeluargaan.

Untuk rekod, Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul bersama komposer dan penyanyi, Ajai. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz
2026-06-21 08:34:14

"Kau Buat Hal, Aku 'Backup' Kau Selama Ni" - Usahawan Dedah Aliff Aziz Buat 'Hal', Tipu Duit

“Saya Harap Dia Kembali Kepada Saya Saat Masih Hidup” – Nourul Depp first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts