Harga Honor Magic V6 Rasmi Bermula RM7,699, Telefon Lipat Android Pertama Mesra Ekosistem Apple

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 14:30:31

Selepas diperkenalkan di MWC 2026 pada awal Mac lalu, HONOR Magic V6 kini tiba di Malaysia dengan harga jualannya diumumkan bermula dari RM7,699 bagi varian 16GB +512GB dan RM8,899 bagi varian 16GB +1TB.

HONOR Magic V6 muncul sebagai telefon lipat Android pertama yang direka khusus untuk ekosistem Apple di mana melalui aplikasi HONOR Connect (iPhone) dan HONOR WorkStation (Mac), ia menyatukan enam fungsi utama termasuk akses iCloud, perkongsian fail pantas, sambungan skrin kedua, sokongan penuh AirPods, penyemakan fail terus dari Mac, serta penyelarasan notifikasi dua hala.

Jadi, pengguna iPhone kini boleh menambah telefon lipat ini tanpa perlu meninggalkan ekosistem Apple.

Malah, Magic V6 menawarkan pengalaman unik yang tiada pada iPhone 17 Pro Max.

Dengan skrin dalam 7.95 incinya membolehkan multitasking sehingga tiga aplikasi serentak, dengan sokongan AI seperti Gemini dan ChatGPT melalui fungsi Fast Flex.

Kapasiti bateri 6,660mAh dengan pengecasan pantas 80W berwayar dan 66W tanpa wayar menjadikannya telefon lipat paling berkuasa.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi kamera utama 50MP, 64MP telefoto, dan 50MP ultra lebar dengan panduan bergaya ketika bergambar menerusi ciri AI Pose serta pratonton dwi-skrin untuk hasil lebih profesional.

Ia dilengkapi paparan AMOLED dengan kecerahan sehingga 6,000 nit dan teknologi Zero Crease.

Sempena pelancarannya, Honor Malaysia turut menawarkan TV Google 43 inci dan hadiah premium dengan nilai keseluruhan RM3,797, khusus bagi pembeli yang membuat pra-tempahan dari 4 hingga 11 Jun ini.

Pra-tempah Honor Magic V6 sekarang dari stor rasmi:

{suggest}

Harga Honor Magic V6 Rasmi Bermula RM7,699, Telefon Lipat Android Pertama Mesra Ekosistem Apple WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts