by Oh! Semput

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol turun lagi bagi minggu keempat berturut-turut mulai tengah malam ini.
Harga diesel pula kekal pada harga RM1.88 seliter. Bagi tempoh 22 Jun hingga 29 Jun ini, harga runcit petrol RON95 ialah RM.1.91 seliter dan RON97 ialah RM2.17 seliter, masing-masing turun 7 sen.
Bagi minggu sebelum ini iaitu 15 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.98 seliter, RON97 pada RM2.24 dan diesel RM1.88 seliter.