by Oh! Semput
Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan mengajak semula bekas ahli kembali ke parti tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook, Hishammuddin menyatakan dirinya tidak pernah keluar daripada parti berkenaan apatah lagi menyerang UMNO walaupun telah digantung keahlian selama tiga tahun.
Jelasnya, beliau menerima dengan hati terbuka penggantungan yang dilakukan Majlis Tertinggi berkenaan keputusan tersebut selepas Pilihan Raya ke-15 (PRU15).
Susulan daripada kenyataan Ahmad Zahid tempoh hari, Hishammuddin dengan yakin menyatakan akan kembali berjuang demi parti UMNO.

Beliau bersama warga Sembrong menyatakan rasa terharu dan berterima kasih diatas kenyataan Presiden parti diatas penerimaan semula bekas ahli yang dipecat atau keluar UMNO ke dalam parti berkenaan.
Tegasnya, jika betul pucuk pimpinan parti akan mencabut semula penggantungan, beliau dengan ikhlas akan kembali bersama-sama parti keramat tersebut untuk berjuang bersama-sama selepas ini.
: Facebook Hishammuddin Hussein