HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Akan Dilancar Di Malaysia 24 September

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 07:30:14

HONOR mengesahkan HONOR X9e Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 24 September 2026, dengan Malaysia menjadi antara pasaran terawal menerima telefon pintar kelas pertengahan terbaharu itu.

Antara peningkatan terbesar ialah bateri berkapasiti 11,000mAh, meningkat ketara berbanding 8,300mAh pada generasi sebelumnya. Ia turut menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 80W serta pengecasan berbalik berwayar 27W, membolehkannya digunakan sebagai sumber kuasa untuk peranti lain.

Dari aspek ketahanan, X9e Pro menggunakan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 yang dikatakan mampu bertahan daripada jatuhan sehingga tiga meter pada 10 jenis permukaan, termasuk asfalt dan granit kasar. Peranti ini turut menerima pensijilan SGS 5-Star Comprehensive Reliability.

Ketahanan terhadap air pula dipertingkat dengan penarafan IP68, IP69 dan IP69K. Menurut HONOR, telefon ini telah diuji untuk rendaman sehingga kedalaman 10 meter serta melalui 100,000 kitaran rendaman.

X9e Pro turut dilengkapi paparan dengan tahap kecerahan puncak sehingga 10,000 nits untuk meningkatkan keterlihatan ketika digunakan di bawah cahaya terang.

Empat pilihan warna akan ditawarkan iaitu Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black.

HONOR bagaimanapun belum mendedahkan spesifikasi penuh dan harga X9e Pro untuk pasaran Malaysia. Maklumat tersebut bersama pakej hadiah pelancaran akan diumumkan pada 24 September, jam 3 petang menerusi acara pelancaran rasmi HONOR Malaysia.

{suggest}

HONOR X9e Pro Dengan Bateri 11,000mAh Akan Dilancar Di Malaysia 24 September WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts