by Oh! Semput
Honor Magic9 dilancarkan sebentar tadi China dengan ia merupakan model lebih mampu milik berbanding Honor Magic9 Pro Max yang lebih premium. Peranti ini hadir dengan skrin 6.37″ OLED FHD+ serta kadar segar semula 120Hz. Skrin ini menyokong Dolby Vision dengan keterangan puncak mencecah 10,000 mAh.

Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman 1TB dan bateri 8000 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan nirwayar pula 50W. Peranti turut dilengkapi cip H1 yang ditugaskan untuk pemprosesan fotografi.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan sokongan OIS, ultra lebar 50MP dan telefoto 200MP dengan zum optikal 3.5x serta zum digital 120x. Kamera utama ini hadir dengan sokongan sistem kamera ARRI yang diperkenalkan menerusi Honor Robot beberapa bulan lalu.

Kamera hadapan pula menggunakan sensor 55MP dan disertakan kamera kedalaman 3D. Kamera kedalaman ini memberikan sokongan imbasan wajah 3D. Seperti tahun lalu, Honor menawarkan aksesori lensa telekonverter dengan zum 81mm.

Peranti menggunakan sistem operasi MagicOS 11 berasaskan Android 17. Selain itu telefon pintar juga melepasi piawaian IP69K, dilengkapi speaker stereo dan pengimbas cap jari bawah skrin. Di China peranti ditawarkan dalam warna Olive Green, Popcorn Yellow, Black dan Silver dengan harga harga seperti di bawah.
Honor Magic9 (12/256GB) – RMB 4999 (~RM 3043)
Honor Magic9 (12/512GB) – RMB 5499 (~RM 3347)
Honor Magic9 (16/512GB) – RMB 5999 (~RM 3651)
Honor Magic9 (16/1000GB) – RMB 6999 (~RM 4260)