Honor MagicOS 11 Dilancarkan Dengan Antaramuka Lebih Lancar dan Lutsinar

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 17 Sep 2026 07:00:33

Honor MagicOS 11 dilancarkan di China semalam dengan ia sistem operasi baharu berasaskan Android 17. Mengikut trend semasa, MagicOS 11 mempunyai antaramuka lutsinar seakan Liquid Glass iOS 27 dengan ia dibina menggunakan senibina Glazed Architecture.

Menurut Honor, animasi MagicOS 11 adalah 20% lebih lancar berbanding versi terdahulu. Kesan kaca lutsinar yang digunakan pula boleh dilakukan tanpa penggunaan tenaga yang tinggi. Teknologi Storage Space 2.0 pula akan memampatkan storan serta boleh memadam fail yang tidak diperlukan secara automatik. Storan sehingga 60GB dapat dijimatkan dengan ciri ini. Satu ciri yang perlu dalam situasi storan yang semakin kecil dan mahal disebabkan krisis memori semasa.

Selain itu MagicOS 11 juga menyokong pelbagai protokol pengecasan sementara pengecasan nirwayar kini lebih cekap. Kecerdasan buatan (AI) Yoyo pula boleh mengingati arahan pengguna dan melaksanakan perintah secara automatik. Ia boleh mengingati nombor makanan, dan peringatan perjalanan tanpa perlu dicari secara manual. Sokongan penghantaran fail juga boleh dilakukan merentasi sistem operasi Apple, Oppo, Vivo dan Xiaomi.

Magic OS 11 akan digunakan secara rasmi pada peranti siri Magic9 yang akan dilancarkan kelak. Ujian beta terbuka kini boleh diakses pengguna 18 peranti di China seperti siri Magic8 dan Magic V6.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts