by Oh! Semput
HONOR secara rasmi kini melancarkan tablet premium terbarunya, HONOR MagicPad 4, untuk pasaran Malaysia.
HONOR MagicPad 4 menampilkan skrin OLED 12.3-inci dengan resolusi 3K, kadar segar semula 165Hz, serta nisbah skrin-ke-badan 93% dengan bezel setebal 3.9mm. Dari segi ketahanan visual, skrin ini menyokong pelbagai teknologi perlindungan mata termasuk pensijilan TÜV Rheinland, PWM dimming 5280Hz serta ciri Eye Comfort lain untuk mengurangkan keletihan mata.
Prestasinya dijana cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dibina menggunakan proses 3nm. Ia dipadankan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W, serta Ice Cooling System untuk membantu mengekalkan prestasi ketika penggunaan berat.

HONOR MagicPad 4 menggunakan seni bina dwi sistem operasi yang menggabungkan Android dan persekitaran berasaskan Linux dalam satu peranti. Android digunakan untuk hiburan, kreativiti dan tugasan harian, manakala integrasi LinuxLab membolehkan tugasan lebih kompleks seperti pengekodan, pembangunan AI dan kerja produktiviti bertaraf PC.
Ia juga menyokong mod PC apabila disambungkan kepada papan kekunci. Dalam mod ini, pengguna boleh menggunakan antara muka menyerupai desktop lengkap dengan sokongan tetikus, pintasan papan kekunci, pengurusan fail yang lebih menyeluruh serta keupayaan membuka sehingga 20 tetingkap serentak.

Selain itu, MagicPad 4 turut hadir dengan sokongan sambungan merentasi ekosistem Apple menerusi HONOR Connect, termasuk iPhone, iPad dan MacBook. Pengguna boleh menggunakan tablet ini sebagai paparan tambahan dengan peranti macOS. Dengan HONOR OneTap, perkongsian fail antara telefon pintar dan
tablet HONOR kini menjadi lebih mudah.
Dari segi keupayaan AI, MagicPad 4 hadir dengan beberapa fungsi seperti AI Memo untuk ringkasan nota mesyuarat, AI Speech-to-Text untuk transkripsi masa nyata, AI Summary untuk merumuskan dokumen serta AI Writing Tools bagi membantu proses penulisan.

Untuk audio, peranti ini menyokong sistem lapan pembesar suara dengan teknologi HONOR Spatial Audio bagi pengalaman bunyi yang lebih menyeluruh.
Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Grey dan White, bergantung kepada varian.
Di Malaysia, HONOR MagicPad 4 ditawarkan dalam dua pilihan. Varian 12GB RAM dan 256GB storan dijual pada harga RM3,399, manakala varian 16GB RAM dan 512GB storan berharga RM3,999.
Prapesan kini dibuka dan HONOR menawarkan rebat segera RM400 untuk tempoh terhad bersama hadiah percuma papan kekunci, stylus dan jaminan selama dua tahun. Ini menjadikan kedua-dua varian masing-masing berharga RM2,999 dan RM3,599.
HONOR MagicPad 4 akan mula dijual di Malaysia pada 12 Jun 2026 melalui HONOR.com, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
{suggest}
HONOR MagicPad 4 Turut Dilancarkan – Skrin OLED 165Hz, Dwi-OS, Harga Bermula RM3,399 WISER.MY.