Husam Persoal Arahan Larangan Berniaga Waktu Maghrib Pada Bukan Islam

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 17 Apr 2017 08:00:38

Husam

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, hari ini mempersoalkan arahan kerajaan Kelantan mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.

Kata Husam, arahan berkenaan sepatutnya terhad kepada peniaga Muslim sahaja kerana peniaga bukan Islam tidak menunaikan solat Maghrib.

“Saya rasa kerajaan Kelantan sekarang tak ada agenda utama untuk menunjukkan mereka berkhidmat dan memajukan rakyat.

“Jadi mereka kena cari perkara kecil untuk nampak Islamik,” katanya kepada media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.

Free Malaysia Today melaporkan, exco Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, menyatakan arahan itu bagi memastikan semua pihak termasuk pembeli boleh menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan kegiatan masing-masing.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts