Idris Khan Kahwin 2 Tahun Lagi

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 22 Mar 2017 07:00:54

idris khan
Cover image via @theidriskhan

Tidak seperti pada awal kemunculannya sekitar tiga tahun lalu, kini wajah pelakon kacak, Idris Khan agak jarang kelihatan menghiasi kaca televisyen.

Ironinya, pelakon drama rantaian Duda Terlajak Laris itu masih aktif berlakon, namun mengakui semakin memilih dalam soal menyahut tawaran lakonan.

Ditemui semasa siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 di ruang legar pusat beli-belah Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini, pemilik nama Idris Khan Abd. Ghaffar Khan itu memberitahu, pilihan sebegitu sengaja diputuskan demi memastikan kehadirannya sebagai anak seni tidak jemu di mata peminat.

Optimis dengan keputusan yang dibuat, Idris yakin kualiti lakonannya akan menjadi lebih cemerlang selain menjaga arah tuju dalam karier seni.

Pelakon berusia 29 tahun yang baru tamat penggambaran drama Cik Serba Tahu itu bercerita panjang lebar tentang prinsipnya.

Tahniah kerana tercalon dalam kategori Antagonis Pilihan untuk DFKL 2017 menerusi drama rantaian Mr. Donat Karamel. Boleh kongsikan perasaan Idris mengenai pencalonan tersebut?

IDRIS KHAN: Terima kasih. Watak antagonis dalam drama Mr. Donat Karamel merupakan permintaan saya kepada penerbit, Sheila Rusly. Apabila diberi peluang, bakat saya untuk membawa watak seperti ini dicungkil sedalam-dalamnya oleh Sheila dan perkara itu membuatkan saya puas.

Apabila dicalonkan untuk kategori Antagonis Pilihan dalam DFKL, perasaan tersebut menjadi lebih puas kerana sentuhan kelainan yang diberikan memberi impak di mata juri.

Selain watak antagonis, karakter bagaimana yang ingin anda jayakan?

Saya tidak pernah menetapkan syarat ingin membawa watak-watak tertentu. Sebagai pelakon, saya pastikan karakter yang diamanahkan itu diterjemahkan dengan baik.

Jika diberi pilihan, saya teringin melakonkan watak orang kelainan upaya (OKU) atau individu bernasib malang yang sangat berbeza dengan lakonan saya sebelum ini.

Sejak akhir-akhir ini, kelibat anda di kaca televisyen jarang terlihat, mengapa?

Sebenarnya saya sengaja mengehadkan kekerapan muncul di kaca televisyen kerana tidak mahu penonton cepat bosan. Saya akan menilai sesebuah skrip terlebih dahulu, jika sesuai barulah saya terima tawaran tersebut.

Pada masa sama, saya juga sibuk menguruskan rumah produksi sendiri bersama Pekin Ibrahim iaitu Centro Pictures dan menjalankan perniagaan sendiri.

Apakah antara kriteria utama yang ditetapkan untuk menerima sesebuah tawaran lakonan?

Perkara utama bagi saya adalah durasi penggambaran. Saya bimbang jika penggambaran diadakan dalam tempoh masa terlalu lama, ia akan mengganggu jadual kerja saya yang lain. Kriteria yang kedua tentulah watak yang akan dibawa. Saya mahu membawa watak berbeza untuk kepuasan diri.

Ini bermakna anda tidak kisah andai dilabelkan sebagai seorang pelakon yang memilih watak?

Tidak kisah, kerana pilihan yang dibuat oleh setiap pelakon itu adalah perkara biasa. Ketika dua tahun pertama permulaan kerjaya, saya menerima semua tawaran yang diberikan kerana ingin menimba pengalaman.

Apabila masuk tahun ketiga, saya cuba untuk perlahankan lakonan. Sebenarnya perkara ini penting kerana sepanjang tempoh berehat, saya boleh menilai semula kekurangan dan seterusnya memperbaiki mutu lakonan.

Seperti diketahui umum, anda berkasih dengan wanita warga Maghribi bernama Sanaa Jaffer, setakat ini ada sebarang perkembangan?

Hubungan saya dan Sanaa sudah mencecah usia setahun lebih. Saya sudah sedia mengahwininya tetapi bukan dalam masa terdekat. Sekarang adalah masa untuk karier.

Ikut perancangannya, mungkin sekitar dua tahun lagi. Hubungan kami juga telah direstui keluarga.

Bagaimana penerimaan Sanaa apabila anda mengambil keputusan untuk fokus kepada kerjaya?

Dia sangat memahami, lebih-lebih lagi melibatkan kerjaya saya. Saya pernah menerangkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya. Dia boleh menerima perkara tersebut dengan baik.

Kadangkala saya turut membawanya ke majlis tertentu untuk membiasakan dirinya dengan pekerjaan kekasihnya sebagai pelakon yang perlu sentiasa berjumpa orang ramai.

Baca lagi: Idris Khan Sabotaj Rakan Kongsi?

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts