by Oh! Semput
Pelakon Ikmal Amry berkongsi berita gembira mengenai keluarganya apabila mengumumkan isterinya kini hamil anak ketiga, dengan kandungan memasuki usia lima bulan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, berkata raya kali ini merupakan raya terakhir disambut secara berempat kerana ahli keluarganya akan bertambah pada tahun hadapan.
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai peminat dan rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarga Ikmal Amry.

Sebelum ini, media melaporkan Ikmal dan isteri memberitahu mereka sebenarnya merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak kedua berusia tiga tahun.
Kata Ikmal, biarpun pada awalnya merancang untuk memiliki tiga orang anak, namun tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki tambahan.
Artikel lain: Digelar Jefri Nichol versi green flag, Ikmal Amry tak kisah – “Dia memang kacak”
Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.
: Instagram ikmalamry