Impian seorang anak yang ingin memberikan baju raya kepada keluarganya pada tahun ini hancur berkecai dek kerana seorang tukang jahit atau tailor yang tidak bertanggungjawab. Semuanya maklumat tentang jahitan seperti ukuran telah diambil, harga juga telah dipersetujui malah dijanjikan dengan penghantaran siap seminggu sebelum hari raya.
Tetapi, semua itu tidak berlaku dan amat mengecewakan apabila pakaian yang ditempah itu sangat berbeza dengan kemahuan lelaki ini seperti yang beliau inginkan. Lebih menyedihkan baju raya dihantar pada waktu yang tidak ditetapkan sebagaimana yang tailor ini janjikan.
Permasalahan seperti inilah yang akan menyebabkan ramai orang yang akan fobia untuk menempah pakaian kepada tukang jahit dan lebih senang membeli secara terus di kedai-kedai pakaian. Ikut luahan dan kekesalan lelaki ini
Syafeek Ikhwan II terhadap seorang tukang jahit yang langsung tidak didedahkan identitinya.
Saya Dikenalkan Oleh Rakan Dengan Tailor Ini
Sepanjang saya create profile kedua ni, tak pernah sekali pun saya gunakan untuk mencanang perkara tidak baik, bergaduh, atau perkara seumpamanya. Tapi kali ini, saya decide untuk post sebagai tauladan buat para peniaga di luar sana, dan sebagai peringatan buat kawan-kawan.
Kisah berkenaan pakaian raya. Untuk sesetengah daripada kalian, mungkin perkara ini kecil saja. Maklumlah baju raya apalah sangat. Setiap bulan pun bertukar baju kan? Tapi pada saya, ini perkara yang sangat mustahak. Saya tak berpeluang untuk membeli pakaian khas seperti ini untuk seluruh ahli keluarga setiap bulan seperti sesetengah daripada kalian. Saya sangat look forward untuk siapkan pakaian raya buat ibu abah dan adik pada tahun ini selepas beberapa tahun saya terpaksa dahulukan perkara yang lebih penting berbanding pakaian baru di pagi raya.
Saya akui, kain yang saya beli kali ini memang agak mahal (mengikut lingkungan kemampuan saya) berbanding apa yang kami mampu pakai sejak saya kecil. Niat saya cuma satu, saya nak lihat orang yang saya sayang tersenyum gembira dalam persalinan baru yang sedikit mewah berbanding selalu. Sekurang-kurangnya mereka dapat rasa perasaan itu dan pengalaman berbaju baru yang elok sedikit. Oleh sebab itu, expectation dan harapan saya sangat tinggi agar pakaian yang terhasil nanti sempurna pada badan mereka.
Saya diperkenalkan dengan tailor ini oleh seorang rakan. Tak, ini bukan salah rakan saya. Saya pasti dia pun tak menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Dan saya dah survey harga terlebih dahulu. Saya memilih Z***Z** Attire atas satu sebab sahaja iaitu kerana caj tempah baju melayu (kain sendiri) hanya RM150 sepasang, menurut rakan saya itu. Dan apabila saya msg bertanya upah jahit baju kurung biasa, katanya RM120. Maka saya simpulkan harga agak berpatutan walaupun ibu kelihatan agak berat untuk mencuba tailor baru ini. Tapi saya kata tak apa. In shaa Allah semua akan ok.
Seperti dijanjikan, tailor datang ke rumah mengambil ukuran kami, pakaian contoh dan kain-kain untuk dijahit, 2 minggu sebelum Ramadan. Layanan ibu tak pernah kurang, walaupun berkali-kali saya pesan jangan terlalu baik dengan orang yang kita bayar untuk kerja mereka, takut dipijak kepala. Tapi ibu tetaplah dengan sikapnya yang melayan sesiapa saja sebagai tetamu istimewa. Dihidang air, berborak macam kenalan. Tak apalah, saya diamkan. Dah memang begitu cara ibu.
Kami serahkan 6 pasang kain. Dua untuk ibu. Dua untuk adik. Dua untuk saya. Untuk abah, saya belikan dah siap saja sebab abah taknak yang ditempah, membazir katanya. Saya masih ingat, ibu bertanya pada dua org yg katanya pemilik Z***Z** Attire ni. Boleh siap seminggu sebelum raya? Katanya penuh yakin, boleh Puan. Saya lega. Dah terbayang-bayang ibu dan adik berbaju baru yang saya pilih, pagi raya nanti.
Senyap Sunyi Dah Mula Rasa Tidak Sedap HatiLebih kurang seminggu lebih sebelum raya, adik whatsapp saya, 'Abg, baju dah siap ke?' . Waktu tu baru saya tersedar, dah dekat raya! Langsung saya whatsapp Tailor bertanya tentang baju kami. Esoknya dah sabtu. Ahad depan dah raya. Ibu pun dah bertanya baju macam mana sebab nak beli tudung lah, kasut adik lah. Dan kebetulan tahun ini adik saya mula bekerja sambilan di kolejnya di negeri sembilan. Jadi dia cuma sempat pulang seminggu sebelum raya, itu pun cuma sehari. Memang itu sajalah waktu yang ada untuk kami beli kelengkapan raya yang lain untuknya.
Kalian tahu apa jawapan tailor? 'Saya busy dengan event M**d Rep***** minggu ni. Lepas event saya hantar baju' . Terkejut dengan jawapan itu, saya reply. 'Tapi minggu ni je yang ada masa nak beli tudung dan lain2. Minggu depan dah raya.' Dan, tahu apa jawapannya? Tiada jawapan. Senyap sunyi. Saya beritahu ibu. Ibu kata tak apalah. Kita agak-agak saja warna yang sesuai. Allahuakbar, isu pertama yang kami hadapi. Dan saya dah mula tak sedap hati. Tapi saya pujuk juga hati. Mungkin kita mudahkan urusan orang hari ini, esok lusa urusan kita dipermudahkan. Saya tahu event itu tamat pada hari isnin. Jadinya mungkin selasa kami dah boleh dapat baju. Saya tunggu.
Sampai rabu petang, langsung tiada khabar dari tailor. Orang lain dah mula pulang ke kampung. Suasana raya dah mula terasa. Tapi malangnya saya langsung tak dapat rasa suasana tu sebab terlalu risau harapan untuk tengok keluarga berbaju baru tak kesampaian. Berkali-kali saya call tailor, tak berjawab. Saya whatsapp tak dibalas. Bayangkan apa rasanya, lagi 3 hari lebih Syawal akan tiba. Itulah satu-satunya persalinan untuk keluarga saya. Saya tak sediakan lebih. Itu saja yang termampu untuk kali ini. Ya Allah Tuhan saja yang tahu. Kesabaran makin nipis, tapi saya tunggu juga.
Akhirnya message saya berbalas. Maaf katanya sibuk. Banyak tempahan. Baju akan dihantar jumaat malam. Allahuakbar. Sakitnya hati Tuhan saja yang tahu. Tapi apa boleh buat. Nak taknak terpaksa tunggu walaupun mood raya dah semakin pudar.
Apalah Nasib Saya Dibuat Sebegini RupaJumaat katanya akan datang ke rumah jam 11 malam. Dalam hati, saya dah tertanya-tanya. Tak fikir orang akan tidur awal selepas tarawih ke, sebab esok nak bersahur. Tapi saya tunggu jugak. Saya malas nak bertekak. Saya minta ibu tidur lewat sikit malam itu sebab nak try baju. Sampai 11.30 malam, tak ada update kata on the way. 11.45 malam ibu dah mula mengantuk. Saya call Tailor. Tahu apa jawapannya? 'Saya di KL lagi encik. Hantar baju di Bukit Antarabangsa. Lepas ni saya terus ke rumah encik'.
Untuk pengetahun kalian, kami tinggal di Puncak Alam. KL ke Puncak Alam paling tidak sejam lebih perjalanan. Saya mencongak dalam kepala. Paling awal pun mungkin 2 pagi baru sampai di rumah saya. Logik ke saya nak tunggu sampai 2 pagi? Esok nak bangun sahur. Akhirnya dalam mencuba mengawal amarah, saya kata datang esoklah. Dia kata 'Ok kami datang lepas waktu sahur.' Saya kata ok.
Esoknya lepas sahur saya tak lelapkan mata. Risau makin tebal. Esok dah raya. Allahuakbar, apalah nasib saya dibuat sebegini rupa. Sehingga jam 7 pagi, masih tak kunjung tiba. Akhirnya saya terlelap.
Sekitar 8 pagi, saya terima message katanya sudah on the way. Saya bingkas bangun dari katil, beritahu ibu tailor on the way. Ibu acuh tak acuh. Saya faham, ibu pun dah tak rasa excitement tu lagi. Kecewa hati saya, saya usaha sembunyikan. Sabarlah hati. Mungkin bila ibu sarung baju yang cantik nanti, ibu tersenyum. Saya tunggu mereka tiba.
Mereka sampai dan lekas lekas saya minta ibu cuba baju. Saya pun sama mencuba baju melayu. Baju adik tak dapat dicuba sebab dia masih bekerja sehingga malam raya. Dalam hati, kalaulah baju dihantar sabtu lepas, mesti saya boleh tengok adik tersenyum cuba baju baru dia. Tak apalah, mungkin ada hikmahnya. Saya pujuk hati lagi.
Tiba-tiba ibu panggil dari dalam bilik. And here it comes, the nightmare