Infinix Genie Badge Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM249

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 10 Sep 2026 07:00:53

Infinix telah melancarkan Genie Badge di Malaysia iaitu sebuah aksesori pintar bersaiz kecil yang berfungsi sebagai paparan tambahan untuk peranti yang disokong. Ia dilengkapi dengan skrin bulat HD 1.85 inci dan boleh dipasang secara magnetik di belakang telefon pintar, khususnya pada model Note 60 Ultra dan Note 60 Pro.

Melalui aplikasi khas, pengguna boleh memuat naik imej statik, GIF animasi atau video serta menyesuaikan paparan mengikut keperluan masing-masing. Fungsi Flash-Sync turut disediakan bagi membolehkan pemindahan kandungan dari telefon ke Genie Badge dengan lebih pantas. Selain kegunaan peribadi, Infinix memperkenalkan aksesori ini untuk tujuan acara seperti kejohanan permainan dan perjumpaan komuniti.

Bateri berkapasiti 500mAh disediakan dan mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan berterusan serta sehingga 30 hari dalam mod sedia berdasarkan ujian makmal Infinix. Bagi yang berminat, Genie Badge ditawarkan di Malaysia pada harga RM249. Ia juga boleh didapati pada harga promosi RM199 dengan baucar di Lazada, Shopee dan TikTok Shop tertakluk kepada ketersediaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts