Ingatkan Dah Arwah – Luahan Pilu Ibu Apabila Anak Kurang Upaya ‘Disindir’ Guru

by Oh! Semput


8
SHARES
102
VIEWS
Posted on 29 Sep 2016 01:00:56


Terlalu besar jasa yang dicurahkan seorang guru demi untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan berjaya. Tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka saban hari di sekolah. Namun, seorang guru hendaklah bersikap professional dalam mengawal emosi dan perasaan ketika mengajar.

‘Ingatkan dah arwah’, akibat lama tidak hadir ke sekolah seorang cikgu telah ‘memerli’ anaknya yang sakit dan kurang upaya. Nak menangis baca luahan kecewa ibu ini.

ieza-bentong1

Saya penat cikgu baru sampai dari hkl. Naik motor cikgu berpanas tadi. Dengan sakit kaki balik2 sakit hati pulak. WAJAR KAH SEORANG CIKGU BERKATA BEGINI PADA MURID SEKOLAH KHAS O.K.U “SAYA INGATKAN AWAK DAH ARWAH, LAMA TAK DATANG SEKOLAH?”
Cikgu hanya mendidik dia dan menjaga keselamatan dia di sekolah.
TETAPI CIKGU TIADA HAK UNTUK KATA BEGITU KEPADA ANAK SAYA YANG HIDUP NYA SAYA SENDIRI TAK TAHU BILA NAFAS TERAKHIR NYA.
Kalau cikgu ada hati dan perasaan cikgu tak tergamak nak cakap begitu di sebab kan anak saya lama tidak hadir ke sekolah.

CIKGU TAHU TAK BETAPA HATI SAYA NI PERIT DAN SABAR MENJAGA DIA DARI UMUR 6 BULAN SAKIT SEHINGGA SEKARANG 14 TAHUN. SETIAP 3 MINGGU MASUK DARAH. MAKAN UBAT BERJENIS2 SETIAP HARI. PAKAI PAM CUCUK JARUM SENDIRI DI PERUT DIA DAN PERLU PAKAI PAM SELAMA 10 JAM SETIAP HARI. PADA UMUR 5 TAHUN DAH OPERATE BUANG LIMPA SEBAB PERUT MAKIN BESAR DAN BUNCIT. TIDAK DAPAT BERMAIN DAN LASAK SEPERTI ANAK2 NORMAL YANG LAIN!!!!!!!!!

ieza-bentong2

Cikgu tak pernah tahu dan tak akan amik tahu sebab cikgu hanya makan gaji tanpa rasa apa yang keluarga saya rasa. Cikgu tak pernah nak kisah pun anak saya sakit atau tak. Cikgu tak tanggung apa saya tanggung.
SAYA BETUL2 MENYESAL DAN SEDIH BILA ANAK SAYA CERITA TADI. DENGAN NADA SUARA DIA YG AMAT SEDIH DAN TERKETAR2 NAK MARAH CIKGU. KALAU DIA PUN RASA AMAT KECEWA DAN TERASA HATI INIKAN PULA SAYA CIKGU.

CIKGU PERNAH TAHU TAK APA DALAM HATI DIA? CIKGU PERNAH RASA TAK APE DIA RASA?CIKGU PERNAH TAK RASA BILA TAHU SAKIT YANG DIA HIDAP NI TAK AKAN SEMBUH SAMPAI BILA2? CIKGU TAHU TAK PERASAAN SAYA BILA SEDARA MARA SAYA YG SAKIT SAMA DENGAN DIA PERGI TINGGAL KAN KAMI SEORANG DEMI SEORANG? CIKGU TAHU TAK BETAPA KETAR NYA DAN TAKUT SAYA MENUGGU TURN SAYA DAN BERHARAP TURN AIMAN ALLAH BERI 1 KEAJAIBAN. CIKGU TAK PEDULI KAN!!!! Saya menyesal dengan kata2 cikgu. Saya hormat cikgu sebagai seorang pendidik. Tapi bila hal ini cikgu main2 sebab ego seorang guru tengah naik… Sorry memang saya tak hormat cikgu lagi. ANAK SAYA CAKAP “ABANG TAK NAK G SEKOLAH ESOK. ABANG TAKNAK BISING2 DENGAN CIKGU TU.DIA CAKAP ARWAH PADA ABANG”
CIKGU TAHU ARWAH TU APA?????

Terima kasih cikgu

Terima kasih banyak cikgu. Ohhh lupa cikgu orang ke3 yang buat anak saya begini. MELUKAKAN HATI DAN PERASAAN ANAK SAYA!!!!!

Pertama kawan budak sekolah rendah.
“ehhh emak aku cakap orang sakit macam ko nanti mati. Tak boleh hidup lama” 2 bulan tak gi sekolah sebab takut perkataan mati.

Orang ke2 jiran depan umah saya budak sama umur tapi sihat.
“Sapa nak kawan dengan kau dah lah o.k.u cacat”

Org ke3 CIKGU….

ANAK SAYA TAK MINTA LAHIR BEGINI.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts