Aku ingatkan, anak aku dapat NO 1 dalam kelas dia je Tapi rupanya..

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 20 Jun 2017 10:38:45

 

Aku ingatkan, anak aku dapat NO 1 dalam kelas dia je.
Tapi rupanya dapat no 1 dari seluruh pelajar tahun satu, 163 orang.
Tahniah Qisya 99.33%

Dulu masa dia dah pandai baca, aku tak ajar dia tuisyen, aku ajar dia kenal Allah Taala.
Pastu aku masukkan dia kelas mengaji mahal, cara mudah mengaji Al-Quran.
Aku ajar ambik wudhu'. Aku ajar dia solat. Aku ceritakan nikmatnya Syurga. Aku ajar nikmatnya dapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Aku suruh dia amalkan zikir istighfar dan selawat. Sebelum mula belajar tu, doa dalam hati, minta kat Allah bagi mudah faham.

Aku pernah suruh qisya, jumpa cikgu2 dia mintak halal segala ilmu, mintak cikgu doakan setiap kejayaan.

Aku cakap kat dia.
'Qisyaaaa.... Setiap saat kita perlukan A.
A untuk Allah. Tanpa Allah yang mengizinkan, pastinya kejayaan sekecil zarah pun kita takkan kecapi.
Bila Allah nak bagi takde siapa boleh halang. Bila Allah nak halang, takde sape boleh bagi.'

Guide utk kehidupan ni, Allah Taala dah bagi, tinggal kita nak baca faham dan hayati maksudnya melalui Al-Quran dan Hadith.

Buatlah apapun kerana ALLAH, bukan sebab nak pujian dan sanjungan orang. Tapi sebab kita nak Allah sayang kita. Kita nak seluruh keluarga kita dapat Rahmat Allah. Kita nak keampunan dari Allah.

Allah-Allah

-Zhet BC-
Mengharap Simpati Tuhan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts