Inilah nama anak Misha Omar...

by Oh! Semput


9
SHARES
117
VIEWS
Posted on 04 Sep 2016 22:00:10

Pada: Ahad, 4 September 2016
Anak Artis, Berita Artis, Gambar Artis, Misha Omar, Pelakon,
Misha Omar bersyukur akhirnya Muhammad Idris Ezzwa telah dibenarkan pulang ke rumah Jumaat lalu. Pun begitu, akuinya lagi, seminggu tanpa bayi disisinya memberikan pengalaman cukup mengujikan buat dirinya apabila bayi tersebut diletakkan dibawah pengawasan doktor.

“Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan apabila doktor memaklumkan perkembangan kesihatan Idris bertambah baik dan dibenarkan pulang. Biarpun mempunyai pengalaman membesarkan dua anak sebelum ini, namun banyak perkara baharu yang saya pelajari dan cuba fahami sejak kelahiran Idris. Saya bersyukur dipilih Allah untuk melalui pengalaman ini”

“Saya memahami ramai yang ingin bersama meraikan kegembiraan apabila mengetahui saya menimang bayi. Saya menganggapnya sebagai doa, malah begitu terharu apabila menerima ucapan tahniah daripada semua. Cuma untuk sementara waktu, doktor menasihatkan saya supaya tidak menerima tetamu sehingga Idris benar-benar sihat,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Gambar Artis , Misha Omar , Pelakon

Siakap Keli News

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts