Israel Lulus Undang-undang Larang Laungan Azan

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 10 Mar 2017 04:00:37


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Undang-undang untuk melarang laungan azan di Israel dan Baitulmaqdis Timur memenangi kelulusan awal dalam sesi Parlimen, kelmarin walaupun menerima kecaman penggubal undang-undang Arab yang melihat ia mencabuli hak kebebasan agama penduduk minoriti Islam.

Dua versi undang-undang akan dikemukakan kepada jawatankuasa untuk perbincangan lanjut sebelum undian akhir di Knesset yang mengambil proses agak panjang.

Salah satu daripada rang undang-undang itu melarang laungan azan melalui sistem pembesar suara antara 11 malam dan 7 pagi (waktu tempatan), manakala cadangan kedua pula meluaskan larangan sama ke kawasan kediaman penduduk dan mengenakan denda AS$2,700 (RM12,042) kepada mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut. 

Penyokong rang undang-undang itu dengan biadab menyatakan ia kononnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk sekitar masjid yang mana tidur mereka terganggu apabila laungan azan Subuh berkumandang. - al-Arabiya

: Sinar Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts