Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Akan Tangani Isu Kekurangan Pegawai Perubatan Di Beberapa Fasiliti Kesihatan Negeri Ini

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 10 Jun 2026 16:32:01

KUANTAN: Isu kekurangan pegawai perubatan di beberapa fasiliti kesihatan di Pahang disebabkan beberapa faktor, termasuk pergerakan pegawai mengikuti latihan kepakaran, pertukaran pegawai susulan pelantikan tetap di fasiliti lain dan peletakan jawatan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya melaksanakan beberapa langkah segera dalam usaha menangani isu kekurangan pegawai perubatan di beberapa fasiliti kesihatan termasuk hospital di negeri ini.

Katanya, sehingga 1 Jun lalu, seramai 850 pegawai perubatan bertugas di fasiliti kesihatan jabatan berkenaan.

"Semakan mendapati kekurangan pegawai perubatan yang berlaku di beberapa fasiliti antaranya disebabkan pergerakan pegawai mengikuti latihan kepakaran, pertukaran keluar pegawai susulan pelantikan tetap di fasiliti lain serta peletakan jawatan.

"Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas, JKNP melaksanakan beberapa langkah segera termasuk pengoptimuman sumber manusia sedia ada.

"Selain itu, mobilisasi pegawai perubatan daripada fasiliti kesihatan awam dan hospital lain menerusi inisiatif hospital kluster serta penyusunan semula penempatan pegawai perubatan berdasarkan keperluan perkhidmatan dan beban kerja semasa," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, JKN Pahang sentiasa berusaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti melalui pemantauan berterusan serta kerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan keperluan sumber manusia kesihatan dapat ditangani secara berperingkat dan menyeluruh. #beritaharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts