Janet Jackson Sahkan Berpisah Dengan Jutawan Qatar

by Oh! Semput


10
SHARES
132
VIEWS
Posted on 10 Apr 2017 04:00:53

janet jackson
Cover image via Astro Awani

BINTANG pop Amerika Syarikat Janet Jackson dilaporkan telah berpisah dengan suaminya Wissam Al Mana, yang juga merupakan jutawan dari Qatar, lapor media antarabangsa.

Berita ini mengejutkan ramai pihak kerana Jackson baru sahaja melahirkan anak lelaki bernama Eissa pada 3 Januari lalu.

Akhbar The Mail On Sunday yang memetik seorang sumber berkata Jackson dan Al Mana akan tetap menjadi ibu bapa yang baik walaupun telah berpisah.

“Mereka telah mencapai kata sepakat… dan Eissa akan tinggal bersama ibunya yang kini menetap di London,”  kata sumber itu.

Jackson sebelum ini jarang muncul di media antarabangsa setelah mengumumkan kehamilan beliau dan sekaligus menangguhkan siri konsert jelajah ‘Unbreakable’.

Jackson berkahwin dengan Al Mana pada 2012.

Baca lagi: Janet Jackson Hamil Pada Usia 50 tahun

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts