by Oh! Semput
Seluruh rakyat Malaysia diseru supaya tidak menjadikan agama alat perbalahan atau pertikaian, khususnya di media sosial, serta menolak sebarang kebencian, provokasi, stereotaip dan prejudis demi mengekalkan keharmonian negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menyatakan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia seharusnya menjadi jambatan untuk menyatukan masyarakat, selain menyemai kasih sayang, nilai murni serta sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Aaron menegaskan keharmonian dan persefahaman antara agama merupakan asas kepada kemakmuran serta kestabilan negara, sambil menambah bahawa kepelbagaian ini terletak kepada kekuatan Malaysia merusi masyarakat yang bersatu padu.

Artikel lain: PM Anwar tegaskan Malaysia perlu bersatu! Negara takkan dihormati jika terus berpecah akibat politik
Menerusi hantaran itu juga, beliau mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu dan berharap perayaan itu membawa keberkatan kepada diri, keluarga dan masyarakat.