“Jangan Sampai Aku Keluarkan Semua Bukti” – Ammar Alfian Beri Amaran Kepada Bekas Kekasih?

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 13 Mar 2026 10:03:06

Perkongsian terbaharu pelakon Ammar Alfian di media sosial mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran di Threads, Ammar mendakwa sudah lama menyimpan bukti berkaitan perlakuan seorang wanita yang dipercayai bekas kekasihnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Ammar turut memberi amaran berhubung isu undang-undang yang sedang berjalan termasuk perintah injunksi yang menurutnya berpihak kepadanya.

Ammar alfian

“Jangan sampai aku keluarkan semua bukti. Sabar dari 2024 ni. Patutnya dah tahu kesalahan diri tu duduk diam, jangan belagak ego melangit macam kau terpaling betul.”

“Dahlah banyak reka cerita, tak pernah ambil tanggungjawab kemudian berlagak. Kesian Mr Simp kau tu tak tahu diri kau yang sebenar.”

“Ingat, kau yang kena saman, bukan aku. Perintah injunksi pun berpihak pada aku. Tak dengar cakap peguam kau ke jangan menyalak lebih.”

Difahamkan, Ammar telah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan sejak 2024 sebelum hubungan mereka berakhir pada Januari 2026.

Pelakon itu juga mendakwa wanita tersebut telah mempunyai teman lelaki baharu kira-kira sebulan selepas mereka berpisah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noraniza idiris
2026-03-13 11:03:49

Shiha Zikir Sedih Noraniza Idris Dikecam Netizen Hanya Kerana Puji Lagunya - "Tak Patut, Dia Seorang Lagenda"

“Jangan Sampai Aku Keluarkan Semua Bukti” – Ammar Alfian Beri Amaran Kepada Bekas Kekasih? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts