Jawatankuasa Tatatertib UMPSA Putuskan Pelajar Pijak Al-Quran Bersalah, Kena Hukuman 'Dibuang' Daripada Universiti Terbabit

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 24 Mar 2026 16:31:55

KUANTAN: Proses tatatertib yang dijalankan terhadap kes penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) selesai, baru-baru ini.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata pihak Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA sudah bersidang pada 9 Mac lalu.

"Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti Dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024" katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mengharapkan keputusan itu menjadi pengajaran kepada warga universiti sama ada pelajar atau staf supaya lebih berhati-hati dalam semua perbuatan atau tindakan agar tidak mencemar nama baik universiti.

"UMPSA bertegas tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian mengaitkan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam di negara ini," katanya.

Pada 3 Mac lalu, pelajar terbabit didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lalu.

Bagaimanapun, S Vikneswaran, 21 mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts