Ayda Jebat Artis Paling Popular APM 2016

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 01 Oct 2016 02:00:05

Mengakui terharu dengan kemenangan yang dikecapinya pada malam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016), Ayda Jebat juga berterima kasih kepada peminat kerana sokongan tidak henti-henti daripada mereka.

BACA: Ayda Jebat Jatuh Sakit Di New Zealand

Pada majlis anugerah tersebut, Ayda Jebat telah berjaya merangkul gelaran Artis Paling Popular sekali gus mengetepikan selebriti lain daripada Singapura dan juga

“Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Ayda juga turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial. Manakala Yuna pula telah memenangi Anugerah Rentas Planet di atas kecemerlangannya membawa kerjaya hingga ke peringkat antarabangsa. (rtky/s)

7-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 6-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 5-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 3-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 2-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya 1-ayda-jebat-artis-paling-popular-apm-2016-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts