by Oh! Semput
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi keadaan terkini setelah selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga iaitu Anggung Mikayla.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayda memberitahu dia mengalami masalah bengkak susu dan terpaksa menanggung rasa sakit itu sendirian.


Meninjau ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa kurang senang kerana menganggap perkongsian tersebut mempunyai unsur ‘double meaning’ dan tidak sesuai untuk dikongsikan kepada publik.
Malah ada juga yang bersimpati dengan nasib pelakon itu dan memberikan beberapa tip untuk mengurangkan kesihatan serta mendoakannya agar segera sembuh.



Artikel lain: Ayda Jebat selamat bersalin anak ketiga, Anggun Mikayla jadi pilihan nama
Terdahulu, Ayda menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya setelah selamat melahirkan anak ketiganya, seorang puteri bernama Anggun Mikayla, di sebuah pusat perubatan swasta.
Untuk rekod, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir, yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021, kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.
: Threads aydajebat