by Oh! Semput
Pendakwah bebas, PU Riz berkongsi pandangannya mengenai isu menegur ahli keluarga dalam sesi podcast popular ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan oleh Safwan Nazri.
Dalam perbincangan itu, dia menekankan bahawa menegur bukan sekadar pilihan, tetapi satu tanggungjawab dalam Islam terutama apabila kemungkaran berlaku di kalangan ahli keluarga terdekat.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, setiap individu mempunyai ibu bapa masing-masing, justeru teguran perlu mengambil kira siapa yang paling bertanggungjawab.
Dia berkata, ahli keluarga yang menjadi tanggungjawab utama dalam menegur adalah mereka yang berada di bawah penjagaan langsung kita.

Malah, dia juga menekankan bahawa menegur ahli keluarga bukan sekadar soal membetulkan kesilapan, tetapi juga menjaga diri dan keluarga dari keburukan, merujuk kepada firman Allah dalam al-Quran: “Ku anfusakum wa ahlikum nara”
Sementara itu, dia menjelaskan bahawa teguran yang berkesan memerlukan konsistensi dan perhatian berterusan.
Dalam pengalaman peribadinya, PU Riz pernah berdepan soalan dalam majlis ilmu apabila ditanya mengapa dirinya memberi ceramah sedangkan keluarga sendiri tidak sempurna.

Menurut suami kepada selebriti popular Neelofa itu, dia menjawab bahawa tanggungjawab menegur itu tetap perlu diambil walaupun memerlukan kesabaran dan ketekunan.
Terdahulu, nama PU Riz sering terpalit dengan adik iparnya, pempengaruh media sosial, Ameera Khan yang kerap muncul dengan perkongsian kisah peribadi dan penampilan fesyen yang mengundang kecaman netizen.
Ramai mempersoalkan mengap dia tidak menegur Ameera supaya menutup aurat, apatah lagi kakaknya selebriti popular Neelofa membawa imej muslimah dengan penampilan berpurdah.
: TikTok Sembang Seram