Johan Ghazali tegur sikap bangga gemuk asalkan kaya – “Nak duduk Lamborghini pun tak muat”

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 19 May 2026 03:34:33

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali meluahkan rasa tidak setuju terhadap segelintir individu yang berbangga dengan kekayaan namun mengabaikan tahap kesihatan diri.

Nak duduk Lamborghini pun tak muat

alt

Menerusi perkongsian di Threads, bintang muda ONE Championship itu menegaskan bahawa kekayaan harta tidak memberi makna sekiranya seseorang tidak menjaga kesihatan, sekali gus menyifatkan gaya hidup sedemikian sebagai tidak berbaloi untuk dibanggakan.

alt

“Aku tak taHu dia ni main-main ke serius tapi kalau betul dia serius inilah mindset paling bangang aku pernah tengok. Duit banyak maca mana pun takkan ada guna kalau kau tak sihat, kau nak duduk dalam kreta lambo pun tak muat,” ciapannya, semalam.

Bintang muda ONE Championship itu, turut menjelaskan tidak wajar seseorang menjadikan alasan kesibukan kerja sebagai sebab untuk tidak bersenam, sedangkan tabiat pemakanan masih tidak dikawal.

alt

“Nak cakap takda masa untuk bersenam tapi masa untuk makan ada je. Pemikiran bahalol yang akan menjatuhkan negara,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Offer bagi duit, Johan Ghazali kesal rakan2 lama terus DM – “Selama ni takda yang balas”

Sebelum ini, Johan berkongsi pandangan peribadinya terhadap individu berbadan besar atau obesiti bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

: Threads johanghazali_

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts