Sisa juadah Ramadan, 200 tan metrik dikutip sehari

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 14 Jun 2017 15:03:44

Orang ramai membeli juadah di bazar Ramadan di Shah Alam, 8 Mei 2016. Makanan yang tidak habis antara punca kutipan harian sisa pepejal meningkat. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 14 Jun — Antara 150 metrik tan dan 200 metrik tan sisa pepejal dipungut setiap hari sepanjang bulan Ramadan setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan.

Beliau berkata jumlah itu meningkat dalam kutipan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

“Namun jumlah kutipan secara keseluruhan di tiga kawasan konsesi itu mencatatkan penurunan sebanyak 1,000 metrik tan pada hari ke-17 Ramadan berbanding tahun lepas.

“Setakat ini (17 Ramadan), jumlah keseluruhan sisa pepejal dicatatkan sebanyak 45,000 metrik tan dan jumlah ini menurun kesan daripada kesedaran orang ramai terhadap pembaziran makanan,” katanya kepada pemberita pada program mengagih 2,000 bekas makanan dan bubur lambuk kepada orang ramai di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Jelasnya, makanan yang tidak dihabiskan atau tidak terjual di bazar Ramadan adalah antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan harian, selain daripada bahan pembungkusan seperti beg plastik dan pek polisterin.

Mohd Zain berkata empat kategori makanan yang dibuang terdiri daripada peringkat pengeluaran seperti sayur-sayuran, pembungkusan (plastik), makanan di dalam tin yang tamat tarikh luput serta sisa yang terhasil daripada pengguna dan peniaga.

Sehubungan itu, Alam Flora menggalakkan orang ramai menggunakan bekas makanan guna semula yang dibawa sendiri apabila mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelak pembaziran dan peningkatan jumlah sisa makanan yang dibuang. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts