Juara Akademi Nasyid TV9 Meninggal Dunia

by Oh! Semput


13
SHARES
175
VIEWS
Posted on 10 Apr 2017 17:01:03

Juara

Juara rancangan realiti televisyen Akademi Nasyid di stesen TV9, Azhan Atan, dilaporkan meninggal dunia awal pagi. Allahyarham berusia 44 tahun.

Keadaan kesihatan Azhan  kurang memuaskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mselepas menyertai pertandingan Akademi Nasyid itu ada tersebar mesej rayuan bantuan kewangan untuknya.

Harakahdaily melaporkan, Azhan dikenali kerana suaranya yang merdu mengalunkan nasyid sambil berdakwah di samping membawa pengaruh positif buat umum.

Azhan banyak terbabit dalam kerja-kerja sukarelawan Majlis Perudingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Walaupun mengalami masalah penglihatan, kekurangan berkenaan tidak menghalang Azhan untuk turun padang, menyantuni masyarakat demi melaksanakan tanggungjawabnya.

Allahyarham sangat gigih dan bertungkus-lumus dalam operasi bantuan banjir pantai timur beberapa tahun lalu turut menjadi peringatan yang sukar dilupakan oleh sukarelawan dari seluruh negara.

Selain itu, beliau juga turut menjadi sukarelawan Mapim yang mengikut misi kemanusiaan ke Gaza Palestin beberapa tahun lalu.

Al-Fatihah.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts