Jumlah Wanita Pegang Jawatan Kanan Dalam Sektor Perniagaan Rendah

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 09 Mar 2017 11:00:36

Malaysia mempunyai bilangan terendah dari segi jawatan kanan yang dipegang wanita dalam sektor perniagaan di ASEAN, demikian menurut laporan terbaharu oleh Grant Thornton.

Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) 2017, satu tinjauan yang dijalankan antara Oktober hingga Disember 2016 mendapati, hanya 24 peratus daripada jawatan kanan dalam perniagaan di Malaysia dipegang oleh wanita berbanding 26 peratus yang dicatatkan pada IBR 2016.

Menurut laporan itu, 34 peratus daripada perniagaan di negara ini tidak langsung mempunyai wanita di peringkat pengurusan kanan berbanding 31 peratus sebelum ini.

Tinjauan tahunan itu mendapati Indonesia mempunyai kadar tertinggi jawatan kanan perniagaan yang dipegang oleh wanita iaitu 46 peratus, diikuti Filipina (40 peratus), Thailand (31 peratus) dan Singapura (30 peratus).

Rakan Pengurusan Negara Grant Thornton Malaysia, Datuk N. K. Jasani berkata, walaupun perniagaan di seluruh ASEAN mencatatkan peningkatan jumlah jawatan kanan dipegang wanita, Malaysia masih ketinggalan.

“Ini mencetuskan kebim­bang­an bagi pertumbuhan perniagaan kerana ia menunjukkan kita tidak memaksimumkan potensi yang ada.

“Kepelbagaian merupakan kunci kepada kejayaan mereka dan mereka yang masih berfikiran tertutup meletakkan diri mereka pada risiko akibat tidak memanfaatkan potensi penuh selain hilang akses kepada pemikiran yang pelbagai,” kata­nya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts