Jumpa anak ular dalam mee, lelaki hilang selera makan

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 21 Jun 2017 20:01:20

Jumpa anak ular dalam mee, lelaki hilang selera makan

Jumpa anak ular dalam mee, lelaki hilang selera makan

Seorang lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran terkejut apabila terjumpa ular di dalam makanannya.
 
Kejadian yang berlaku di Guangxi Zhuang, China, itu telah menyebabkan lelaki tersebut hilang selera makan dan pelanggan lain juga turut cemas.
 
Menurut sumber, lelaki tersebut telah memesan mee goreng sewaktu makan malam dan ketika ingin menjamah mee itu, dia terjumpa seekor anak ular berada di antara mee gorengnya.
 
Dia yang terkejut dengan kehadiran ular itu telah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan restoran tersebut telah disita dan dikenakan denda.
 
Pihak berkuasa juga turut mengarahkan pemilik restoran untuk membersihkan setiap bahagian restoran tersebut sekiranya mereka masih ingin beroperasi. 
 
: Kisahdunia.com, Harian Metro
Olahan : Izzat Ridzwan: Astro Gempak
Loading...
: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts