by Oh! Semput
KUALA LUMPUR: Syarikat pencari pekerjaan yang terminal, Jobstreet menyatakan bahawa jururawat Malaysia kini menjadi rebutan hospital Singapura disebabkan kemahiran bahasa dan serta latihan profesional yang diberikan.
Selain hospital, klinik swasta dan klinik pergigian di negara jiran itu turut mencari jururawat dari Malaysia. Jika sebelum ini ramai jururawat Malaysia berhijrah ke Arab Saudi ,kini pertukaran dolar Singapura yang tinggi telah menjadi tarikan selain daripada persekitaran yang tidak banyak beza dengan Malaysia.
Penolong ketua jururawat di Penang Adventist Hospital, Nor Aida sebagai berkata, kira-kira 70% jururawat di hospital itu meletak jawatan dan bekerja di Singapura, tahun lalu.
Beliau berkata, Kolej Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Adventist mempunyai 2 semester setahun dan kadar pendaftaran pelajar baharu mencecah 60%. Selain pelajar tajaan Penang Adventist Hospital, hospital lain seperti Hospital Gleneagles turut menghantar pelajar tajaan mereka ke kolej itu.
Katanya, kolej itu berjaya melahirkan ramai jururawat setiap tahun, namun pertukaran dolar Singapura semakin tinggi menyebabkan pengaliran keluar yang serius disebabkan kemahiran berbahasa dan latihan profesional yang mereka lalui.
“Gaji asas yang ditawarkan hospital di Singapura bagi lepasan diploma tidak banyak beza dengan hospital tempatan. Tetapi, disebabkan kadar tukaran dolar Singapura yang tinggi, jadi orang merasakan gaji mereka lebih tinggi.”
Ketika ini, RM3.15 bersamaan S$1. Beliau berkata, ini menjadikan gaji jururawat tempatan tidak dapat bersaing dengan kadar tukaran mata wang Singapura, Arab Saudi dan Britain yang tinggi.
Katanya, antara jabatan yang kekurangan jururawat di Penang Adventist Hospital ialah unit rawatan rapi (ICU), bilik pembedahan dan unit lain yang tugasnya lebih mencabar.