Kajian menunjukkan bahawa pengguna android lebih jujur dari pengguna iPhone

by Oh! Semput


15
SHARES
200
VIEWS
Posted on 09 Apr 2017 22:01:04

Menurut laporan Tribune.com, satu kajian terbaru mendedahkan, pengguna iPhone mempunyai tahap kejujuran lebih rendah berbanding pengguna Android.
Bukan itu saja, pengguna iPhone juga bersikap angkuh dan tiada sifat rendah diri.

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire, ke atas 500 responden selepas ditanya tentang diri mereka dan sikap yang berkait rapat dengan telefon pintar mereka.

Pengguna iPhone hanya pentingkan status & lebih emosi

Kajian juga mendapati, pengguna iPhone juga lebih cenderung untuk melihat telefon mereka sebagai simbol status berbanding pengguna Android.
Pengguna iPhone juga dikatakan lebih emosi dan lebih cenderung untuk ekstrovert.

Pengguna Android kurang berminat dengan kekayaan & lebih jujur

Di samping itu, kajian ini mendapati, pengguna Android kurang berminat dengan kekayaan dan status sosial dan lebih jujur.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking, juga menunjukkan kebarangkalian pengguna Android untuk melanggar peraturan demi kepentingan peribadi agak kurang berbanding pengguna iPhone.

: Tribune.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts